Followers


Monday, January 31, 2011

panASSsss..!!!


Panas baran @ `kepala angin’ @ `naik hantu’ yang disebabkan kesukaran menangani perasaan marah boleh menyebabkan seseorang itu hilang malu, sanggup bertindak di luar batasan dan tidak mustahil boleh mencederakan orang lain. 


Perasaan marah yang tidak terkawal boleh memusnahkan apa saja. Islam sendiri memuji umatnya yang dapat mengawal perasaan marah. Sikap marah adalah antara pintu syaitan datang masuk ke hati manusia. 
Nabi Muhammad SAW pernah berpesan tiga langkah mengatasi rasa marah. 
Pertama, mengawal lidah iaitu berdiam diri dan mengubah posisi (misalnya, jika berdiri hendaklah duduk), mengambil wuduk dan beristighfar serta membaca al-Quran. 

Temubual bersama Pakar Psikologi Sosial, Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Aminuddin Mohd Yusof : 


Adakah semua orang memiliki sifat panas baran? 

" Sifat pemarah adalah suatu emosi manusia normal. Namun ia bergantung kepada setiap individu yang menterjemahkan rasa marah masing-masing. "


Adakah faktor jantina dan keturunan mempengaruhi? 

" Ada suatu pandangan yang menganggap faktor genetik iaitu baka keturunan turut mempengaruhi sifat mudah marah dan memberontak. Ada juga pandangan yang mengatakan panas baran dikaitkan dengan faktor perkembangan kanak-kanak dari kecil lagi seperti mudah resah dan marah. Mengenai faktor jantina, saya tidak pasti tetapi mungkin faktor budaya menjadikan lelaki lebih mudah meluahkan rasa marah. " 


Siapa lebih cepat marah? Lelaki atau perempuan? 


"Tiada data yang menunjukkan sama ada lelaki atau perempuan lebih cepat marah. Namun, daripada pandangan saya, lelaki lebih rendah daya toleransi menyebabkan mereka dilihat lebih mudah mengekspresikan sifat marah. "


ye, saya setuju Prof!!!



Alkisah panas baran... 


Cerita 1: 

WASHINGTON: Presiden George W Bush dilaporkan terpaksa mengambil ubat antitekanan yang kuat bagi mengawal tingkah lakunya yang panas baran, masalah kemurungan serta ‘paranoia’ - sejenis gangguan mental yang dialaminya. 

Sebuah perkhidmatan media Amerika Syarikat memetik sumber rapat Rumah Putih mendedahkan baru-baru ini, ubat yang diselia pegawai perubatan Bush, Kol Richard J Tubb, sebaliknya boleh menjejaskan keupayaan mental serta kemampuan pemimpin Amerika itu ketika berdepan krisis. 

Cerita 2: 

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki memberitahu Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, dia tidak sengaja menceraikan isterinya kerana tidak dapat mengawal perasaan marah selepas dimarahi pegawai atasannya. 

Lelaki berusia 42 tahun itu pulang ke rumah selepas dimarahi oleh pegawainya berikutan dia datang lewat. 
Dalam keterangannya, dia berkata, pada 4 Januari 2001, kira-kira jam 12 tengah hari, dia melafazkan lafaz cerai yang berbunyi ‘saya ceraikan awak’ kepada isterinya, di rumah mereka. 

cerita aku:


 Cerita ni x dek la baru berlaku, tapi adala dalam seminggu yg lepas...




" len kli, nk jd bodoh jd sorang2..
Jgn ajak org, jgn mnyusahkan org.. "




Ok, fine!
apa korang buat kalau korang yg dapat msg macam ni. 


Sentap la weh!




first, x ada ajak pn!

next, x nak jadi bodoh pun!



kalau ikut kan hati memang aku maki dia balik.

suka2 nak marah orang macam tu.

tau la ko tu pandai weh, tapi x payah nak cakap cam tu lah!
Alhamdulillah.. walau pn Bf aku baran la gak, tapi masih bertempat.

Malang gila awek ko tuh dapat ko.
Semua nak ikut ko je.
Lau da aku yg x dek kaitan ngan ko pn ko da maki mcm ni, macam mana la nasib awek ko..

Helloooo, jangan igt ko pandai semua yg ko buat betul!



* cerita ini bukan untuk mengaibkan mana2 pihak.
cuma luahan tidak puas hati & sebagai pengajaran sahaja.
Aku sendiri pn masih sedar diri dan tidak terlepas dari perasaan Panas Baran ni.


Siapa yg makan cili dia yg terasa pedas!




...

No comments:

Post a Comment