Followers


Sunday, December 11, 2011

JB mari yawww!



Kadang kala aku alpa dan lupa. 
Biasalah manusia.

Ok, cukup utk intro.
:P
Sekarang aku berada di rumah Caca ni. Saja dgn yg lain, ika & ane mencuba di  tempat baru. di Johor Bharu.. :)
Sepanjang 4 hari 3 malam ni lengkap pakej percutian kami. Siap dgn Tourist Guide si Caca Rm. Seronok. X pernah lagi aku smp sini. Nak cerita pun berat hati. Bukan apa, takut ada yg jealous nanti. HAHAHA... Cukup utk summary. okbai.
Please jgn suka hati. Bnyk assignment menanti.. :(
Dah nak dekat final. jadual exam pun dah keluar. Sedih. Ni betul sedih. Sobs sobs sobs... :'(
Last but not least!
Thank you 2 Fyna krn membantu secara tidak langsung dalam blog ini... :)



...

Saturday, November 12, 2011

LAWATAN KE AIR TERJUN KACHING RAWANG... :P





















...

nukilan jiwa yg ter a aa aaa aaaa... !

Kita berbeza !
Tidak serupa ! 
Tidak sama juga !
Kau punya segalanya.
Sedangkan aku sebalik nya . 
Kata kata gembira, ketawa, bergurau senda 
hanya utk menutup lara di jiwa .
Sedangkan sebenarnya aku derita, sengsara dan sgt terluka .
Bila kau perlukan apa apa
Kau hanya nyatakan ia nya
nescaya semua nya akan berada di depan mata .
Kau menangis, meronta ronta
bila apa yg diingin lambat di kota, di laksana . 
Sedangkan aku menangis hiba
bila semuanya hanya 
mimpi di siang hari yg tdk akn menjadi nyata .
Aku kena berusaha bila aku mahu kan apa apa . 
terseksa?
Ahhh, mungkin sudah terbiasa. 





...

haru biru itu biasa...!




Macam biasa! bila jiwa ni rasa x selesa, rasa x tahu nak cerita kat siapa, sini lah aku tuju. Now kat rumah. cuti midsem + raya haji. Selamat Hari Raya Korban ya semua. *biar lambat asal ucap* :P 
Ala, cuti semingga ja. Esok dah nak kembali ke Puncak Alam TERSAYANG! Grrrrrr! 
Cuti ni mmg cuti betul! Cuti segala galanya. Makan je x cuti :P
Makan , tido, main game, makan dan tido balik. Hadoiyaaiii... Sabor je lah.


Ya. Sebenarnya diri ni penuh dgn masalah. X tau nak luah macam mana. Yang org tahu aku seorang yg bnyk cakap, happy dan sentiasa sengal . Dalam ni x sama sebenarnya. Banyak yg terpendam. Banyak juga yg tersimpan. :(


Di sebalik wajah gembira, tersimpan bnyk duka sebenarnya. 


Before cuti hari tu pergi check mata dekat UiTM punya Optometry Clinic. Dah lama nak check, dapat juga. Masa tu rasa berdikari betul. Sorang2 beranikan diri demi mata. Naik bas setelah sekian lama x naik. 
Sudah nya dari pagi smbg ke petang baru selesai. Semua dia check. Macam2 test dorang buat, siap buat "Killer test" kalau x silap. ala, yg masuk kan angin dalam mata. Terkejut2 dibuat nya masa tu. Dorang ckp aku ni suspect sakit apa ntah nama nya. Lupa. Tapi salah satu penyakit mata. 
Hmmm... 3 bulan lagi kene datang sana balik utk kepastian. 
Satu lagi, mata ni rabun punya power pun boleh tahan. Kena buat spec katanya. Silau pun ada. 
Aku dapat rasa mata ni makin teruk. Kadang2 duduk depan dalam class pun x nampak. Teringat pula kata sorang member ni. "Rasa mcm duduk dgn org buta pun ada juga"
Lebih kurang gitu lah. Terlebih kurang harap di maafkan ya!
Aku harap semuanya ok.
X nak lah macam time di ploma dulu.
Selalu kene ulang alik pergi hospital.
Sebab Anemia. Macam x percaya yg aku ni x cukup darah kan?
Aku pun x percaya :P
Lupakan lah. Semua tu cerita dulu.

Cinta???
Ok, ketahui lah SUKA dan CINTA itu berbeza.
i LOVE him &
i LIKE you.









...

Thursday, September 29, 2011

Masalah jiwa masalah negara.



Ya ya ya...
Sudah lama ngak ke temu ya!
Rindu rindu an sudah pasti ya.
Now semester baru. Final year da.
Kejap je kan.
Terfikir2 ni, nak continue sambung Master ke x.
50-50.
Papepun, just wait and see je la.
Bnyak da terlepas nak cerita.
X dapat di nafikan, walaupun aku just kerja kejap je kat Genting masa cuti sem baru2 nie. 


Banyak kenangan yg tertinggal kat sana.
Seronok dgn mereka semua.
:)
Disebalik suka ada juga duka.
Nak ckap aku lupa diri pun iya juga.
Entah lah.
Walau apa pun terjadi, 
aku tak boleh tamak.
Aku mesti pilih satu.
Ya msti!
I love you!
but i love him moreee!
Tiba2..! :P
Xpelah, hanya aku yg mengerti entry kali ni.
Masalah jiwa ni boleh melalaikan aku.
Buat apa pun semua x jadi.
Senang ckp,
masalah jiwa masalah negara ok..! :P



Ini tiada kaitan
Hanya pic dgn fatyn di kala bosan.. :P









...

Wednesday, August 17, 2011

Friendship n Love . . .









tolonglah!
tolong Jangan rosak kan PERSAHABATAN dgn PERCINTAAN !
Kita semua kawan ok... :)
Peace :)














...

Sunday, August 14, 2011

keliru kah aku... ??? :(



Susah betul nak halang rasa ni.
syuhhh! pergi jauh2..!! :(
Tanpa dia aku rasa kosong..
Ahhh!
Gila semua tu...
Cari nahas ja!
Tapi hati ni tak bohong.
Ya!
Dia tak bohong!

Siapa nama dia ya?
Kerja apa?
Duduk mana?
Nak je aku tny semua ni!!!
Satu pun x tahu
 dan jgn ambil tahu ina!




...

Saturday, August 6, 2011

hOLLa my new frEnz....













































* No description... #Wordless Sunday... boleyh... ? :P
Ok, bai!





...

Berbuka di tempat kerja... Sabor jelah!



Salam Ramadhan semua. 
Hari ni dah masuk hari ke 7  umat islam menjalani ibadah puasa.
Alhamdulillah... :)
Pejam celik pejam celik kejap je masa ni berlalu kan. 
Memandangkan hari ni aku kerja petang dan dah cukup tidur, 
tangan ni gatal pula nak conteng2 sikit kat sini... :P
Semalam first time aku berbuka puasa di tempat kerja aka di dalam kaunter... !
Selama ni dgr cerita je. Semua ni pengalaman dalam hidup.. Berbuka sambil serve customer. Hebat!


Tapi xde lah aku makan depan dorang kan. Kami take turn berbuka. Makanan pun di sediakan kepada sesiapa yg kena kerja time berbuka macam aku semalam. Save lah sikit kan. Huhuhu...
Kebetulan semalam aku kerja kat kaunter yg boleh lah di katakan paling busy. 
( Rain Forest Counter )
Sabor je lah... :P
Today, kerja pukul 5 lah pula.
Berbuka di kaunter lagi nmpaknya.
Macam2 org aku jmp kat sini.
Macam2 ragam juga.
Lain org lain cara ye tak.
Teringat pula time practical dkt Kl Tower dulu.
Bezanya, kat sini bnyak customer yg x tahu speaking English.
Especially yg datang dari China!
Menyesal plak tak belajar Mandarin betul2.. 
Cakap sikit2 boleh lah kan.
Nasib baik!
Fuhhh!
Xiexie laoshi! :)
Yg datang dari arab pun lebih kurang je.
puas lah aku ni explain kan.
Last2, ckp Mathar mathar mathar, baru faham....
2lah ayat kitorang semua guna tuk customer arab.
* mathar = hujan 


...


Owh ya!
Nak kongsilah sikit.
Kelmarin berbuka bersama si dia!
Dia datang melawat aku di tempat kerja smbl nak berbuka sekali katanya.






















...

Monday, August 1, 2011

Salam Ramadhan...


Alhamdulillah... 
Hari ni da masuk hari ke-2 umat islam berpuasa... :)
Bulan yg di nanti2kan oleh semua orang...
Bulan penuh keberkatan... :)






Now, aku kat rumah. cuti seminggu. Kerja ni cuti ikut group. Ada A, B Cdan D.
Aku group C.  Sebulan sekali je cuti. Tapi seminggu kira puas hati lah kan... 

Kebetulan lah pula aku cuti puasa pertama ni. Memang syok lah berbuka dgn sahur kat rumah. 

Terbaikkk!

Hari ni mami nak buat kuih kegemaran aku. Karipap lorh.
Kami buat lah sama2. Aku pun apa lagi, tolonglah mana yg patut kan... *tolong teman dengan tengok je*
Thank You mami! :)
Ok, dikesempatan ini, aku nak mengucapkan selamat hari raya selamat berpuasa kepada semua umat islam.
Puasa jangan tak puasa!
Selamat bersahur dan berbuka puasa juga ya! :)
Last but not least, 
Makan ikut keperluan,
bukan ikut keinginan...!







...

Monday, July 25, 2011

waduh2...




Hamaigad! 
Rindu betul dgn blog ni.
Rindu serindu nya!!!
Now dah kerja, kerja biasa2 ja. Sementara tggu cuti nie melabuhkan tirainya.
Dulu igt nak renovate backgroung blog ni + nak edit2...
Tapi hajat tak kesampaian. Last2 terbengkalai terus blog ni sampai sekarang. 
Tapi x bermakna aku dah lupakan blog ni.
Ada masa ada waktu... InsyaAllah... :)
Sekarang busy sikit. ye lah, semenjak bekerja di tanah sejuk ni. 
X dapat kerja yg aku pergi interview memula dulu pun. Fikir2 bagus juga. Aku bukan nak kerja lama pun. 
Kang cari pasal pulak.
Ingat kan time kerja ni boleh lah turunkan berat badan.
Tapi, makin sejuk makin cepat lapar ok!
Sabor jela... :O
Nak2 pula, adik aku ni kerja kat sini juga.
Wah, time sesak dia lah adik tersayang!
Semua aku mintak dekat dia aje.
hehehehe..
Siapa lagi x tolong kakak kalau bukan adik sendiri ye tak.
Banyak nak cerita lagi sebenarnya.
Suka dan duka.
Tapi masa betul2 mencemburui..
Adehhhhh!


Sekadar gambar hiasan.
Terima Kasih ...



Ok, esok kerja pagi.
Wanna 2 sleep dulu ya!
Assalamualaikum...





...

Thursday, May 26, 2011

ini entry time bhusannnn...!


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.
Hari ni tersangat lah bhusan.
Tunggu panggilan job pun satu pun x sangkut.
Kecewa.
Dah lah bosan ni.
Nampak nya cuti sekolah ni balik kg sekali lah aku.
Igt kan dapat kerja dan x balik.
Ada kenduri kahwin sepupu.
Belah utara sana nun.
Jauh perjalanan luas pemandangan.
Cuti2 ni mmg banyak kenduri kahwin kan.
Member2 pun ramai yg dah bertunang dgn kahwin.
Aku mmg lambat lah lagi kan.
Paling cepat pun aku rasa 5 tahun lagi.
Makin lama aku duk rumah ni makin membesarlah aku dgn sihat nya.
HAHAHA...





aktivi di kala kebosanan... :P yeahhhh...!


















...

Tuesday, May 24, 2011

CINTA





" CINTA dapat mengubah 
Rasa pahit menjadi manis,
Debu bertukar emas,
Keruh menjadi jernih,
Sakit menjadi sembuh,
Penjara menjadi telaga,
Derita menjadi nikmat
dan
Kemarahan menjadi rahmat..."














...




Monday, May 23, 2011

redha, tawakal & pasrah...

Assalamualaikum semua.
Dah 3 minggu duduk di rumah nampak nya ni.
Time cuti2 semester ni mmg cepat masa berlalu...!
Tanda2 nak start kerja tak nmpk lagi.
Incik, tolonglah ambil saya bekerja.
Makin lama duduk rumah, makin besarlah lah badan aku ni nmpak nya.

Adeh!
Aktiviti sepanjang di rumah ni macam2 lah juga.

Kemas rumah mmg jadi tanggungjawab aku. 
Hai, kata anak tunggal perempuan.
Kalau tak aku siapa lagi nak tolong mami kan.
Masak??
Ish, bukan x nak tolong. Tapi masak2 ni aku kurang sikit. Baik serah pada yg pakar je... :P
Pagi2 aku sapu rumah, lap2, cuci longkang ngan cakar sampah kat luar. Tidak lupa siram pokok bunga juga ya..
Petang2 main badminton dgn family. Biasa nya akulah juara... HAHAHA...
Macam2 lagilah aktiviti yg kami buat.
Tapi aku mmg gunakan sebaik yg mungkin masa di rumah ni : )

Sabtu baru ni aku ada lah pergi interview kerja dgn seorang kawan.
Dekat mana? kerja ape? 
Birlah menjadi tanda tanya dulu. 
Kalau dah dapat barulah boleh bgtau ye tak?  :P
Dia kata lepas seminggu baru bagi jawapan.
Musykil pun ada juga. Dapat ke tidak... 
Tapi ada sorang budak aku jmp kat sana ckp mmg kene tggu seminggu org yg dtg interview tu.
Lega sikit.
Aku berharap sgt dapat... :(
Dalam bnyak2 kerja part time aku buat before this, ni lah kali pertama aku kene formal interview.
Nak plak tu fully B.i 
Kecut perut dan Tuhan je yg tahu apa yg aku rasa masa tu...!!!
" Okay, introduce yourself. " 
Tu first ayat dia. Nak tak nak try juga lah aku jawab semua soalan dia.
Lama pun boleh tahan lama.
Macam2 dia tny.
Dia tny gak aku reti tak guna Excell..?
Adoi, lemah lah plak aku.
To be honest,aku ckp je lah boleh ckit2. kene igt2 balik sebab dah lama belajar kan.
Encik tu jugak bagi aku situation then suruh aku bagi sollution.
Hambik ko Ina!
HAHAHA...
Kelakar pun  ada aku rasa.
Hantam sajalah labu. 
*Redha*

Result pula kemungkinan kuar awal bulan julai.
Semuanya tawakal je...
Amin... :)




...

Saturday, May 7, 2011

dOne semester 04!

Alhamdullillah... :)
Tadi jawab paper last... Mgt Information System.
finally habis jugak!
Macam x percaya pun ada jugak. HEHEHE...
Sebenarnya aku bnyak jwb slh tadi, tp sebab tadi paper last perasaan sedih, kecewa atau tension tu hilang. REDHA...
Perasaan nak balik rumah tu membuak2.
Esok abah jemput maybe... :P
Berehat puas2 di rumah.
Ada sesiapa nak ambik saya kerja x??? 
Betul2 perlukan kerja!
Semalam study pun igt rumah.
Fikir nak kemas apa, nak bawa balik apa... :P
Rasa mcm dah konvo pun ada... :P
Ok, bye.



Yeah... :)









...

Friday, March 11, 2011

Kena rOgOL atau Bunuh???





Dah lama aku nak tny pasal ni.
Lain org lain jawapan nya kan.
Just imagine korang di tempat kejadian dan sebagai mangsa. Bukan pemangsa ok.. !

Suatu malam korang on da way balik dari kerja.
Buat overtime, tu balik lewat.
Nak di jadikan cerita, jalan nak sampai ke rumah korang tu mmg sgt menyeramkan.
Sunyi dan sepi!
Hanya bunyi tapak kaki korang je yg kedengaran.
Kebetulan pula, rakan yg selalu balik kerja bersama korang MC.
Sakit mata kata nya.

Sesekali terdengar pula bunyi cengkerik.
Tiba2 datang seorang lelaki dan menghalakan sepucuk pistol kat kepala korang.
Dan lelaki itu hanya tny satu soalan kepada korang.
" Mati atau di rogol??? "


Dalam keadaan macam ni, apa jawapan korang??

Mati atau di rogol???














...

anti LELaki curang!



Sekarang bnyk betul contest dalam dunia blog ni.
Mntk maaflah, aku yg mmg sgt baru dlm dunia ni x bersedia lagi nak masuk mana2 contest.
Blog sendiri pn tunggang langgang lagi.
Nak ckp besar x minat nak join nanti terjoin jadi kontrovesi pula kan... :P
Blog ni just tmpt aku cerita kan, luahkan, lepaskan, apa yg tersimpan dalam hati aku ni.
Suka2 dan tanpa niat apa2...
Kalau korang x suka harap di maaf lah kan ye.


Di pagi yg hening ni aku cuma nak bangkitkan isu lelaki2 yang x reti menghargai kaum hawa.
Ouchhh!!
Aku sgt benci lelaki2 macam tu.
Kau igt kami kaum hawa ni x dek hati & perasaan!
Huh!
Nak ego pun agak2 lah bai!
Opss..
Terover sudah.. :P
Apa yg aku kata kan ni x dek kaitan dgn sesiapa dan harap maaf kalau ada yg terasa.
Aku mmg anti dgn mereka2 yg curang!
Nmpk dahi licin sikit terus tinggalkan awek yg setia bagai nak rak dgn kau.
Alasan???
Dia kawan lama.
Kekasih lama.
Or what so ever !






Kau pun bukan Handsome sgt pun.
x payah nak bangga sgt lah bila kau tggl kan awek kau tuk perempuan tu.
Semua org pn x perfect.
Tapi cermin juga diri kau tu.
Ishhh..!
Kau igt kau bagus buat mcm tuh!



Cherita ni mmg utk kau!
Siapa yg mkn peria dia yg rasa pahitnya.






* Biasanya, lelaki yg pandai bermain kata adalah berpotensi tinggi utk curang.
Lelaki2, adakah anda juga tergolong di antara
mereka yg suka mempermainkan hati dan perasaan wanita..???






...

Thursday, March 10, 2011

nOthing 2 say...













saja2..
sekian... 
sedikit tekanan jiwa...
Selamat Malam semua!





...

kELu Lidah...

Baru balik dari teman roomate release tension. As usually pergi karok.
Masing2 ada masalah sendiri.
Aku pun.
Rindu 
Sgt rindu keluarga.
Mami... along rindu mami.
Sedih. Baca status di FB semua balik kg.
Jumpa family tercinta.
Aku pula bukan x nak balik.
Masa, waktu dan keadaan x mengizinkan... :(
Hati ni meronta2 nak balik rumah.







Esok x de kelas.
X de rancangan pape pun.
No money No talk.. :P
duit macam air lah skrg ni.
Deras betul mengalirnya.
:(
Bagi aku yg hny bergantung sepenuhnya dgn duit PT mmg dah start  " sengkek"
Duit rumah sewa, makan, tambang bus, byr broadband, buku, dgn duit " huha " lagi  :P
Semua nya aku tanggung sendiri.
Xnak susahkan abah.
Dah bnyk tanggungan dia. 
Aku sebagai ank sulong x nak susah kan family... :(
xpa2..
chill ja.. :)
Dah biasa... :)






...



Monday, March 7, 2011

Ruangan khas.. :P

Okay, entry kali ni just utk memberikan tanda penghargaan kepada seseorang.
Beliau merupakan penuntut UiTM Puncak Alam mengambil jurusan Pelancongan.
Berumur tut tut tut...
Beliau juga merupakan salah seorang rakan se kelas aku.
Beliau mempunyai watak & perwatakan yg sgt selumber & sgt sempoi.

Siapa kah beliau???
HAHAHA...
Inilah Beliau...



ya! inilah beliau.
Si Caca Rm!




* Setiap pengakhiran sesuatu hubungan itu bermula dgn perkenalan
yg mgkn klakar & juga bnyk kenangan... :)
Hargailah setiap kenangan yg pernah ada..
Eyh, apa aku mengarut ni.
Apa yg aku hndk smpkan, 
Setiap yg berlaku ada hikmah yg tersembunyi
& Allah swt xkan uji hambanya jika dia x mampu hadapinya..

(Tiba2 pulak kan.. :p) 

Ok, blog aku ni just utk suka2.. :)

Cau!




...

Saturday, March 5, 2011

kEkELiruan jiwA... Ouchhh..!!!




Semua ada perasaan...
aku tahu tu.
Sama macam aku...
sekarang minggu emo...
sikit2 aku terasa hati.
Jiwa kacau lagi.
Air mata pun sng betul nak keluar nya.
Haishhh...

...


Hari ni hari ke 3 penat.
Hari pertama pergi buat assignment group lah konon2 nya.
Gerak dalam pkl 2 petang pergi mkn dulu dekat padang jawa.
Nasi Ayam Penyet dia mmg SUPERB!
Dah bnyak kali aku mkn x pernah jemu lagi.
Kepada sesiapa yg belum mencuba sila sila lah ye.
Next terus gerak pergi Wet World aka tmpt yg konon2 nya nak buat asignment tu lah kan.
Hampeh x lepas.
Tu lah akibat nya kalau main redah.
Penyudah nya bermandi manda sahaja lah kami semua disana. 
Tempat tu x berapa nak best.
Huh!
Semua nak tutup je keje.
Tapi, sebab yg pergi ni best2, tmpt x best pun jadi best..
HAHAHA..
Time tutup pkl 1830 x mahu keluar pulak kami semua.
:P
Malam pergi buat assgnment ke-2 plak,
Pergi lah ke Restaurant Putera Ayu di padang jawa juga..
Sebab dah booking pkl 2130, pergi PKNS & SACC Mall dulu.
Alang2 bayar bil broadband terus.
Makan besar lagi.
Dah lah tadi pun mkn nasi bnyk.
Membesar & terus membesar lah aku ni.
Tema makanan Seafood.
Next pergi tgk Bf slh seorang dari group membe main futsal.
Selepas cuci mata, balik & top up tenaga.

Hari ke 2 penat...
Di pendek kan cerita, tgk movie, makan, jalan2 & karaoke.
Penat Ok.
Semua perbelanjaan di tanggung oleh my roomate, Dayah. 
tajaan penuh ye... :P

Hari ke 3 penat.
Pagi tadi lawan netball.
Menang atau kalah, no comment... :P




* Assignment satu apa pun x buat...
No idea No time No mood 


Jiwa kosong...
What should i do..??? 




Sekian sahaja untuk kali ini... !!!








...

Thursday, March 3, 2011

hati pilu... :(


...



Sebelum terlambat,  He-p Besday la ye adik aku.
HAHAHA...
itu je yg mampu aku kata.
Hari ni birthday adik aku yg no 3.
Muhd Faisal...
03/03/1994...
Along ni x kerja lagi nak bagi hadiah.
Ok, alasan!
:P



...




Gelak x bermakna ceria...
Senyum x bermakna gembira... 
:(

Bila org tgk aku 
mesti dorang x tahu yg aku juga pny cerita sedih.
Aku juga tahu menangis.
Aku juga, aku juga & aku juga!
Sama seperti mereka.
Malah lebih dari apa yg mereka rasa... :(
Aku x nak pndg org yg menangis...
Aku x nak tgk semua tu.
Bukan aku x peduli.
Bukan aku x kisah.
Tapi aku takut aku x mampu tahan air mata sendiri.
Sakit.
Sangat sakit...
Tuhan saja yg tahu apa yg aku rasa.
Tapi kadang2 hati rasa nak memberontak.
Kenapa aku yg lalui semua ni.
Aku x kuat.
Aku juga x mampu sebenarnya.
Ya.
Aku terpaksa mengaku.
Sebenarnya aku juga sedang bersedih sekarang ni. 
Semua perasaan bercampur menjadi satu!
:(



...





* senyumlah walaupun ianya menyakitkan... :)






...

Wednesday, March 2, 2011

R I N D U... :(

Cepat betul masa berlalu.
sekarang dah bulan 3.
Maksud nya dah nak dekat hari tua aku.
Lagi 19 hari je.
Kerja pun bertambah2..
Macam2 nak di settle kan.
Ahad akan datang ni nak lawan netball lagi.
HAHAHA...
saja ja menambahkan aktiviti.
Padahal yg sedia ada pun x terbuat.
Sebenarnya time beriadah macam tu lah aku rasa sedikit lega.
Dapat melepaskan " ke tension an " masa main netball.
Jerit puas2... Lari smp penat!
HAHAHA...

Kalah atau menang itu adat permainan.


Sgt rindu dengan keluarga.
Apa lah mereka buat sekarang ni.
RINDU!!!!
Sgt ok! :(
mami... nak balik rumah... :(




my mami! R I N D U... :"(




A B A H ... :)
rindu jugak... :(



mami sgt suka kan jeruk smp makn begitu sekali.. :P



my lil brO...
:)
A D A M



X tahu nak ckp apa da...
Setakat ini saja...
Terima Kasih, & Sila dtg lagi... :)





*  homesick... :(
RINDU!!!!






...

Tuesday, March 1, 2011

nO cOmment...







Pernah x korang dgr perempuan jatuhkan talak??
hurm...
itu alasan yg MDB bagi kat aku.
Dia kata ktrg x pernah clash pn.
Dia just bagi masa untk aku.
Malas nak layan karenah nanti jadi lagi teruk.
Geram betul!
Sayang kata nya bercinta nak dekat 6 tahun putus di tgh jalan.
Setiap hari dia anta msg2 pujuk aku.
Jual mahal ok.

...

But now, everthing dah okay.
kira mcm kami dah rujuk lah... :P
Bak kata dia, the maint point is dia x pernah pn nak clash.
Aku je yg cepat sgt cari alasan & nak clash.
Peduli apa kalau dah sakit hati kan.
Tapi, dia mmg seorang yg sabar.
Boleh terima aku yg bnyk kekurangan.
Aku yg sgt cerewet...
Aku yg garang...
Aku yg cepat merajuk...
Aku je yg nak semua betul...
& bnyk lagi... :P








Thanks dear... :)



...



Tiba2 sakit kepala memikirkan esok.
Owh mannn..!!!
Test QMT...!
aku subjek kira2 ni mmg lemah.. :(
adoi..













ok, hujan.
Time utk menidurkan diri.
Bye!












...

Monday, February 28, 2011

Tmn Kelip2 in da hOuse... :)




Baru balik dari Taman kelip2 Kg. Kuantan...
buat utk assgnment Destination planning ok..
Hari jumaat ni kami akn pergi ke location seterusnya
 untuk menyiapkan another 2 assgnment group... :)
Chaiyo2!! 

Ptg tadi, selepas habis kelas dalam pukul 7 bergeraklah kami ke destination...
Penat...
Tapi sgt best... :)
Sungguh cantik ciptaan Allah s.w.t...
tenang... sgt tenang...



seperti pOkOk cristmas kan... :)



Hanya gambar ini yg ada buat masa ini...
yg lain akan menyusul kemudian.
Sekian.



* tired... but i can't sleep.
Sgt lapar!!
agghhh...
perut menggelegak mahukan nasi ni!!!
Ok, padahal dah mkn bnyak nasi pukul 8 mlm tadi.
Adakah ini petanda??? 













...

Tuesday, February 22, 2011

wink wink! ( as a summary.... )





Lama betul rasa x on9. Adalah dalam 3 hari. 
Hati ni memberontak mahu on9, tapi apakan daya, masa & tenaga tidak mengizinkan.. 
Hari ni settle with test 1 RBO ( Restaurant Business Operation ), 
and semalam test 1 for MIS ( Management Information System )
Otak sgt penat!
RBO test tadi mmg agak hancur.
Lain yg di harap, lain pula keluarnya.
Samalah dgn test MIS tu.
Adoi. 

R E D H A ... :(

Tadi selepas habis test pergi berpoya2 kejap dgn Caca Rm & Fatyn. 
* Tag nama mrk adalah dilarang sama sekali ok. 
( Atas permintaan mereka berdua )
Niat pada mula nya nak pergi mkn.
Cari pny cari smp la ke Setia Alam sana.
Pergi Giant sebab mahu mkn Nasi Ayam Penyet.
Walaupun pada mulanya niat nak mencari Nasi Kukus. 
Agak lama jugalah makan di sana.
Biasalah remaja berbual sesama mereka.. :P

Jalan & terus berjalan di sekitar tmpt kejadian a.k.a Giant. Kenyang dah kan.. 
Di tambah pula hari ini Test habis awal dgn class BEL juga cancel.
sedihlah juga.. :( 
HAHAHA...

Okay, kami pergi ke tempat " Game ". 
Gambar2 kat bawah ni menceritakan peristiwa yg berlaku. 
Mmg happening gila tau. 
;)
Thanks 2 kakak Caca sebab bawa adik2 pergi jalan2... :)



Bersiap sedia untuk berlumba.. :P


Bersemangat dan penuh gaya yg unic.. :)


Next game... :)


dgn gaya & cara msg2 untk menang..
Fatyn ( kanan)  mmg btul2 nak menang 2 :)



" KIUT " la tu ye cik Caca.. :P


Next destination still at the same places.
But nows time for Karaoke.. :)
LALALALALALA...
Sungguh merdu suara kami bertiga tahu.
Jangan jeles!
Tiada gambar utk paparan.
Semuanya adalah P n C. 
Sekian.

Lepas Karaoke, kami bertiga kembali ke tempat Game tadi.
Bukan apa, x puas main Basketball tadi.
Terutama nya pada aku yg first time main game tu.
X sangka, seronok juga...!
HAHAHA...
Agak sengal di situ.
Tapi yg penting kami bahagia dan gembira.. :)

Gambar ini hanya selingan.



jgn biar kan diri anda di selubungi misteri seperti beliau... :P



Ini pula cerita tentang pertandingan Netball yg aku mention sebelum ni. 
Kump.  " Ada aku kisah " VS " Kump. Apa-apa aja " ...
Aku team " Ada aku kisah " .
Okay, team aku kalah.
Tapi 1 mata je kurang ye.
6-7...
X pe, boleh cuba lagi nanti ye..
Kalah dan menang adat permainan kan.
Eceh, ayat org kalah.. :P
Position aku as usually lam team as WD ( Wing Defend ) .

 Selama sukan antara blok kat umah aku ni, mmg ada pertandingan setiap hari.
Dari 18-20 / 02 / 2011, jumaat smp ahad.
Footsal, Netball, sukaneka, & macam2 lagi lah.
Seronok tgk mereka berlawan antara blok.
Ada 4 blok semua nya. 
Baiduri, Cinta, Dewi & Gemalai.
Menang keseluruhan kalau x salah Blok Gemalai.
Alah, menang tipis aje tu.
Blok aku, Baiduri pun hebat juga.. :)


Selepas agak kecewa dgn kekalahan netball hari sabtu tu aku and my roomate pergi lah ke pasar malam.
Sila sila lah lihat ye.




Dayah & ikan mmg tdk dpt di pisahkan.. :P




3 ekor pon boley... !




pilih2 sayur la plak..
Kami amalkan amalan pemakanan yg seimbang.. :P




Sama tapi x serupa.. :P



Gembira sgt budak nya... 



Terima Kasih!
And now, Masa untuk top up tidur...
ZZZzzZzZzzzzz...










...